Monday, April 12, 2010

Apa Khabar Hari ini?

Apa khabar hari ini?

Kepala ku sakit lagi walau tidak seteruk semalam. Entah apa kenanya aku kurang pasti. Dua kali ku telan pil Coversyl 8mg yang dibekalkan bersama sebiji pisang tiap kalinya, pagi dan malam. Sedikit lega walau tidak sepenuhnya. Entah kerana ubat atau memang cuaca yang sangat panas membuatkan aku kehausan selalu dan berpeluh sepanjang malam sehingga hendak tidur pun tidak selesa. Salah makan ker? Atau terlebih ketawa...

Pagi Sabtu aku bersama beberapa rakan RNet, menghadiri kelas membuat biskut, reben dan hamper di Astana Jentayu, Jalan Kg Attap. Seharian di sana mempelajari cara cara mengikat reben dan menjadikan biskut yang dibuat tadi sebagai hamper disulami dengan gelak ketawa sehingga riuh rendah jadinya. Sudah lumrah kami agaknya, apa saja bahan boleh dibuat cerita untuk menghiburkan semua yang ada. Berkenalan dengan kawan kawan baru juga menyeronokkan. Sempat berkenalan dengan Bloggers - Ku Yah, Salina Hassan dan lain2 yang dah lupa namanya.

Selesai di situ, disambung pula acara 'pot-luck small family gathering' di rumah Cikgu Sue di Alam Damai sebelah malamnya. Seramai 7 keluarga terlibat dalam perancangan - aku, cikgu sue (tn rumah), suzi, kesuma, LindaZA, ena, lynnsham, Misliha dan Bunga Kasturi selain tetamu kehormat kami adalah Kak Surami dari Singapura, Mamazieza dari Penang dan Leen Mohd dari JB yang kebetulan sama sama menghadiri kelas hamper pada siangnya. Hanya Mis dan Bunga tidak dapat menghadirikan diri mereka. Mis - menghadiri kenduri kahwin sedangkan Bunga terpaksa pergi menziarah kematian saudara disebelah ayahnya di Melaka.

Majlis seperti biasa tetap meriah dengan makan makan. Ena dengan kambing BBQnya, Kesuma membawa shitake chowder dan garlic bread yang disediakan oleh anak bujangnya. Lynn dengan speghetti bolognese, nasi goreng dan whipped potato. Puan Rumah menyediakan air minuman dan puding kelapa muda - sejuk jer melalui tekak. Suzi bersama ayam BBQ. Linda dengan donatnya dan jugak buah tembikai. Mis mengirim buah oren dan mangga... banyak sekali. Aku pula menghidangkan Pais Ikan Patin dan Talapia bakar tapi terlupa air asamnya... boleh gitu?

Seperti biasa bila dah berborak dan bersenda gurau memang lupa diri. Kebetulan pula ada siaran langsung di TV, perlawanan akhir bola sepak entah piala apa, tak sangka Lynn dan Sham memang fanatik bola sepak lebih lebih lagi N9 menentang Kedah. Hahahaha... tengok gelagat mereka berdua, semua yang tak pernah ambil kisah pasal bola boleh terpaku sama depan TV sambil terjerit jerit. Itu baru di rumah... kalau di stadium entah macamana agaknya. Tapi semua orang betul2 enjoy malam tu.

Kami bergerak pulang dari rumah Cikgu Sue lebih kurang jam 1 pagi. Ish... tak pernah dibuatnya bertandang sampai pagi. Letih yang teramat agaknya membuatkan aku tidak boleh bangun dengan normal keesokkan harinya (semalam). Kelewatan tidur mungkin menyebabkan kepala sakit bagai nak pecah. Kebetulan Mat Rock pun tidak ada di rumah, selepas mengambil 'brunch' ku layan tidur semula sampai ke petang. Agaknya kerana terlebih tidur menyebabkan aku susah tidur malam tadi.

No comments: