Tuesday, April 13, 2010

Perihal Dinner

Tiap Selasa dan Khamis, sebolehya memang kena sampai rumah awal kerana kena hantar Iman tuisyen. Hari ini kami sampai awal sedikit sebelum 6.30 petang. Tidak ada niat pun nak masak apa. Korek2 dalam peti es ada lebihan makanan yang ku tapau lepas geder2 sabtu lepas.

Panaskan nasi goreng pagi tadi. Iman makan sebelum pergi tuisyen.
Panaskan Shitake Chowder buatan Kesuma. Minta Mat Rock tolong belikan roti masa keluar hantar Iman nanti.
Panaskan kuah speghetti bolognese resipi Lynn Sham. Celur semula speghetti yang terperuk dalam peti es tu. Favourite Iman...

Dalam hati mengharapkan roti untuk dimakan bersama sup cendawan tu. Jam 10 mlm. Iman balik dari tuisyen sambil menjinjing beg plastik... ingatkan ada roti... hampanya perasaan, mat rock beli nasik lemak. Aduhai... tiada perasaan nak makan nasi pun...

Emmmm... akhirnya ku layan speghetti bolognese tu sorang diri... sebab anak2 dah balun nasik lemak...

No comments: