Wednesday, April 21, 2010

Ikan Bakar Jalan Bellamy

Hahaha... gara gara nak makan ikan bakar sambil tu nak tunjuk tempatnya yang popular itu, Jalan Bellamy (belakang Istana Negara), sampai sesat barat jadinya.

Alkisahnya semalam, Kak Rusiah mengajak menemaninya pergi ke bank. Bukan apa, supaya ada someone duduk dalam kereta yang di parking depan Maju Junction, kot la menghalang lalu lintas sewaktu dia berurusan. Siap di situ beralih pula ke bank yang lain bersebelahan Kompleks Sogo tu. Siap urusan sudah menghampiri jam 12 tengahari. Kerana memang sudah di luar, kami mengambil keputusan untuk terus makan tengahari. Aku cadangkan Ikan Bakar belakang istana. Ok jer terus...

Dari Jalan Raja Laut kami memasuki Jalan Kuching seterusnya Jalan Kinabalu menuju ke selatan dengan yakinnya. Aku bertindak sebagai penunjuk arah sedangkan kak Rus terus memandu mengikut arahan yang ku berikan. Setelah membelok ke arah Dewan Bahasa, sepatutnya kalau mengikut pengalaman yang lepas2, kita akan naik semula ke kanan menuju ke Istana negara. Peh, tak sangka sejak ada jejantas baru yang dibena merentasi depan DBP tu, kita kena membuat pusingan U yang agak jauh dari sasaran. Ini sudah di luar kebiasaanku.

Keyakinan mula goyah... terlepas simpang naik ke Muzium TUDM tu... aduhai... ingatkan boleh masuk dari simpang yang biasa tu, rupa rupanya lorong itu untuk kenderaan dari arah Jalan Istana. Teringat jalan pintas yang melalui kawasan jerat cina. Simpang masuk terlepas juga, terpaksalah naik ke Robson Height melalui Wisma Belia.

Melalui lorong lorong belakang yang sunyi, melihat kondo2 mewah yang usang, dikelilingi hutan belukar. Agak ngeri jugak tapi ku yakin memang itu jalan yang betul. Tiba di satu simpang 3, kiri atau kanan... terlihat banyak kenderaan mengambil arah kanan, kami pun ikut... tu dia jalan mati. Semua kenderaan tadi sedang menunggu anak2 keluar sekolah. Sebuah sekolah cina di jalan mati. Berpatah balik dah terus mengambil arah yang kiri tadi. Kiri Kanan jerat cina... sah jalan yang betul. Didepan kelihatan ada bas bas sekolah dan kenderaan banyak berderet. Sekolah Alice Smith di Jalan Kerayong.

Tiba disimpang ambil ke kiri... yang ini aku yakin betul sungguh... maka terbau bau lah aroma ikan bakar di sana...

2 laichikang + 1 potong terubuk + sepinggan kerang bakar + 1 ekor sotong = RM25 untuk 2 orang makan tidak termasuk nasi. Alhamdulillah...

Kak Rusiah kata, kalau soh dia pergi lagi, memang dia takkan sampai sebab aku dah bawak dia pusing satu dunia... eeemmmm...

No comments: